Isnin, 17 Februari 2014

SIBU JAYA RESORT, PULAU SIBU, JOHOR MALAYSIA

Adakah anda mencari tempat beriadah dan beraktiviti bersama keluarga sambil menghabiskan masa bersama pada musim cuti??? atau mungkin anda sedang mencari tempat menarik untuk mencuba seuatu yang baru dan mencabar diri anda bersama rakan-rakan anda menjelang cuti semester???. Sibu Jaya Resort merupakan salah satu resort yang terletak di Pulau Sibu, Johor. Berada di sebuah pulau yang terletak jauh dari kota sambil beriadah bersama-sama rakan anda pastinya menjanjikan keseronokan dan pengalaman menarik dalam diari kehidupan anda.

PULAU SIBU, JOHOR, MALAYSIA
Pulau Sibu...Merupakan salah satu pulau yang mempunyai kawasan dan pemandangan yang cantik. Terletak di sebuah negeri di Malaysia iaitu Johor Darul Ta'azim. Berbentuk seperti segitiga dari udara, sesiapa yang mengunjungi pasti dapat merasakan ketenangannya setelah sekian lama berada di kota yang penuh sesak dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia. Mungkin disini anda boleh melapangkan sedikit fikiran, menghirup udara bersih sambil melakukan aktiviti-aktiviti riadah yang menyeronokkan. Berhampiran dengan beberapa buah pulau lain, Sibu Jaya Resort yang terletak di Pulau Sibu Besar ini telah dikunjungi ratusan pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun.



Anda pasti akan merasa teruja pabila berada di kawasan terpencil yang dipisahkan dek lautan luas. Pada kebiasaannya, kami akan membawa pengunjung menaiki bot besar. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 45 minit, memberi anda masa dan ruang yang cukup untuk menghayati kebesaran sang Pencipta sambil merakamkan detik-detik mencabar dalam kehidupan anda. Namun, kami juga menyediakan perkhidmatan bot laju mengikut permintaan.



Sesudah tiba dengan selamat di Sibu Jaya Resort Pulau Sibu, Antara aktiviti yang menjadi kesukaan pengunjung terutama sekali yang berkeluarga adalah mengelilingi pulau menelusuri lautan dengan menaiki bot laju. Anda pastinya teringin untuk melihat keseluruhan tempat yang anda lawati....



Selain itu, terdapat kebanyakan pengunjung juga yang ingin melihat batu- batu karang cantik di dasar laut. "Snorkeling" merupakan aktiviti yang tepat untuk itu. Kami akan membawa anda ke tempat yang sesuai dengan menaiki bot laju...


Sekiranya anda berniat untuk mengunjungi pulau- pulau lain yang berhampiran, seperti:

SIBU PAPAN

SIBU KUKUS

PULAU LIMA

PULAU TINGGI

Dan selainnya... sila berjumpa dengan Pengurus Resort dan kami pastinya mencuba untuk dapatkan yang terbaik buat anda dengan harga yang berpatutan. 

Buat si kaki pancing, mungkin ini masa yang sesuai untuk anda. 





Setelah seharian beraktiviti, tiba masanya untuk bersantai. Menunggu waktu matahari terbenam. Ianya boleh dilihat dengan begitu indah sekiranya anda duduk bersantai di hujung jeti yang sepanjang 400 meter sambil memesan minuman dari kedai.





Sebelah malam pula... tibalaa waktu yang ditunggu-tunggu... BBBBBQQQQQ!!! 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan