PULAU SIBU, JOHOR, MALAYSIA |
Anda pasti akan merasa teruja pabila berada di kawasan terpencil yang dipisahkan dek lautan luas. Pada kebiasaannya, kami akan membawa pengunjung menaiki bot besar. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 45 minit, memberi anda masa dan ruang yang cukup untuk menghayati kebesaran sang Pencipta sambil merakamkan detik-detik mencabar dalam kehidupan anda. Namun, kami juga menyediakan perkhidmatan bot laju mengikut permintaan.
Sesudah tiba dengan selamat di Sibu Jaya Resort Pulau Sibu, Antara aktiviti yang menjadi kesukaan pengunjung terutama sekali yang berkeluarga adalah mengelilingi pulau menelusuri lautan dengan menaiki bot laju. Anda pastinya teringin untuk melihat keseluruhan tempat yang anda lawati....
Selain itu, terdapat kebanyakan pengunjung juga yang ingin melihat batu- batu karang cantik di dasar laut. "Snorkeling" merupakan aktiviti yang tepat untuk itu. Kami akan membawa anda ke tempat yang sesuai dengan menaiki bot laju...
Sekiranya anda berniat untuk mengunjungi pulau- pulau lain yang berhampiran, seperti:
SIBU PAPAN
SIBU KUKUS
PULAU LIMA
PULAU TINGGI
Dan selainnya... sila berjumpa dengan Pengurus Resort dan kami pastinya mencuba untuk dapatkan yang terbaik buat anda dengan harga yang berpatutan.
Buat si kaki pancing, mungkin ini masa yang sesuai untuk anda.
Setelah seharian beraktiviti, tiba masanya untuk bersantai. Menunggu waktu matahari terbenam. Ianya boleh dilihat dengan begitu indah sekiranya anda duduk bersantai di hujung jeti yang sepanjang 400 meter sambil memesan minuman dari kedai.
Sebelah malam pula... tibalaa waktu yang ditunggu-tunggu... BBBBBQQQQQ!!!